Konvensyen Naqibat Remaja berjalan lancar

Seperti yang dirancang, konvensyen Naqibat Remaja telah dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang. Tahniah kepada Dr. Rosni Adam selaku Pengarah dan pasukan urusetianya yang gigih melaksanakannya. Alhamdulillah kehadiran adalah melebihi jangkaan iaitu lebih kurang 550 orang menyebabkan dewan di Anjung Rahmat itu penuh sesak dengan barisan naqibat remaja yang bersedia untuk meneruskan perjuangan memimpin Teen Circle atau usrah remaja.

Sesiapa yang hadir mungkin boleh berikan feedback hasil program itu, khususnya dari sudut kesan, pengisiannya serta harapan. Persoalan besar juga ialah dari sudut keperluan latihan yang lebih intensif bagi meningkatkan keyakinan naqibat. Perlu atau tidak? Jika perlu, aspek mana yang paling diperlukan oleh para naqibat?

Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan memberikan komitmen yang tinggi pada program berkenaan.