“Panduan Kendali Usrah Remaja”

kendali

Selain dari buku ‘Remaja Soleh’, Teen Circle Centre juga menerbitkan satu panduan usrah remaja yang mengandungi Modul Latihan Kemahiran dan beberapa tips untuk mengandalikan slot-slot usrah. Buku ini adalah untuk rujukan para naqib atau naqibat sahaja.

 

Maklumat lanjut buku ini adalah seperti berikut:

  • Buku ini adalah untuk panduan pengendali Usrah Remaja terutamanya para naqib/naqibah. Namun begitu, buku ini tidak menyediakan bahan-bahan perbincangan dalam Usrah Remaja.
  • Buku ini perlu dirujuk bersama-sama dengan buku ‘Tajuk-tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh’ terbitan Teen Circle Centre yang mengumpulkan kandungan sukatan Usrah Remaja.
  • Setiap naqib atau naqibah perlu memiliki buku ini dan merujuk kepada panduan-panduan yang diberikan dalam mengendalikan Usrah Remaja.
  • Para naqib/naqibah dinasihantkan agar membaca buku ini secara keseluruhan sebelum memulakan tugas pengendalian usrah.
  • Bagi setiap usrah yang hendak dilaksanakan, para naqib/naqibah dinasihatkan untuk mengulangi pembacaan pada tajuk-tajuk khusus yang menyentuh penyampaiannya.
  • Buku ini mengandungi modul-modul Latihan Kemahiran yang merupakan salah satu komponen Usrah Remaja. Bagi memastikan keberkesanan sesi latihan tersebut, anda dinasihatkan agar tidak memberikan buku ini kepada ahli-ahli kumpulan.
  • Naqib perlu benar-benar memahami arahan-arahan dalam modul-modul tersebut sebelum memulakan sesi. Kejayaan sesi latihan ini amat bergantung kepada cara pengendaliannya.
  • Modul-modul yang diberikan ini akan lebih berkesan dan menepati matlamat jika naqib mengikuti sesi latihan yang disediakan oleh pihak pengelola.

 

Advertisements

Buku “Tajuk-tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh”

teen1

Pada Konvensyen Naqibat Usrah Remaja, dua buah buku telah perkenalkan iaitu salah satunya buku Tajuk-tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh. Buku ini mengandungi sukatan usrah remaja untuk rujukan naqib dan ahli-ahli.

Berikut adalah maklumat lanjut buku berkenaan sebagaimana yang dijelaskan oleh Ustazah Teh Izanuri, penyusun buku:

Alhamdulullah dengan berkat pertolongannya maka kami dapat persembahkan buku ini untuk menjadi rujukan umat Islam di Malaysia, terutamanya golongan remaja.

Harapan buat generasi muda amatlah tinggi. Mereka adalah penentu kepada masa hadapan dunia. Atas jaminan yang diberikan oleh Rasulullah SAW, kita meyakini bahawa masa depan Islam adalah gemilang. Sampai masanya nanti, Islam akan berada pada kedudukan yang selayaknya sebagai cahaya yang menyinari seluruh alam. Namun, kayakinan ini tidak sepatutnya menjadikan kita sekadar berpeluk tubuh semata-mata, bahkan kita perlu menggandakan usaha untuk memastikan wajah-wajah hari esok lebih bercahaya dan cemerlang.

Read the rest of this entry »