Buku “Tajuk-tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh”

teen1

Pada Konvensyen Naqibat Usrah Remaja, dua buah buku telah perkenalkan iaitu salah satunya buku Tajuk-tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh. Buku ini mengandungi sukatan usrah remaja untuk rujukan naqib dan ahli-ahli.

Berikut adalah maklumat lanjut buku berkenaan sebagaimana yang dijelaskan oleh Ustazah Teh Izanuri, penyusun buku:

Alhamdulullah dengan berkat pertolongannya maka kami dapat persembahkan buku ini untuk menjadi rujukan umat Islam di Malaysia, terutamanya golongan remaja.

Harapan buat generasi muda amatlah tinggi. Mereka adalah penentu kepada masa hadapan dunia. Atas jaminan yang diberikan oleh Rasulullah SAW, kita meyakini bahawa masa depan Islam adalah gemilang. Sampai masanya nanti, Islam akan berada pada kedudukan yang selayaknya sebagai cahaya yang menyinari seluruh alam. Namun, kayakinan ini tidak sepatutnya menjadikan kita sekadar berpeluk tubuh semata-mata, bahkan kita perlu menggandakan usaha untuk memastikan wajah-wajah hari esok lebih bercahaya dan cemerlang.

Usaha pemerkasaan umat Islam perlu bermula dari pembinaan generasi. Nah, di sinilah letaknya signifikan pentarbiyahan remaja secara bersepadu, efektif dan terkini. Cuba bayangkan apa yang berlaku pada tiga puluh atau empat puluh tahun akan datang. Adakah kita yakin bahawa anak-anak muda hari ini mampu memimpin teraju politik, bidang korporat, pentadbiran awam, dunia akademik dan sektor-sektor lain dengan lebih baik berbanding sekarang? Atau, mereka begitu lemah dan leka sehingga menyebabkan ummah menjadi lumpuh dan dijajah kembali? Bagaimana pula dengan anak-anak gadis hari ini, adakah mereka mampu meneraju masyarakat dan mendidik anak-anak ummah pada hari esok? Inilah persoalan-persoalan kritikal yang perlu dicari jawapannya.

Remaja hari ini dahagakan perhatian, bimbingan dan pedoman. Gelombang hiburan yang melampaui batas, budaya galak bercinta monyet, watak-watak pemberontakan dan derhaka, gejala kemalasan untuk menggandakan usaha, ketumpulan dayafikir dan intelektual serta ketandusan budi dan akhlak mewarnai sebahagian anak-anak muda hari ini. Namun, dicelah-celah kekalutan itu tetap ada insan-insan muda yang segar jiwanya, teguh prinsipnya, dan luhur adabnya. Masih ada yang teguh mendakap iman dan sedia untuk berkorban demi ummah dan agama. Tidak kurang juga yang setia berbakti kepada ibu bapa, taat pada guru dan menjadikan Nabi Junjungan sebagai idolanya. Kelompok remaja ini mempunyai potensi besar untuk meneraju ummah dalam segenap segi pada masa depan.

Namun begitu, potensi ini akan terbiar kontang atau membeku jika tidak digilap dan dicanai. Usaha tarbiyah remaja memerlukan pengembelingan dari sudut penganjuran program yang menarik dan menyediaan bahan yang efektif. Melalui usaha sedikit kami ini, diharap para murabbi tidak lagi tercari-cari garis panduan yang sesuai bagi melaksanakan usaha tarbiyah.

Sukatan Usrah Remaja yang kami persembahkan dalam bentuk buku ini dirangka bagi memenuhi hasrat perjuangan Islam yang menyedari keperluan manhaj tarbiyah remaja yang lebih bermakna. Atas keprihatinan para pimpinan gerakan Islam ini, maka kami merangka satu sukatan yang disesuaikan dengan tuntutan semasa dan kecenderungan anak muda. Mudah-mudahan usaha yang kerdil ini dapat membantu para pencinta Islam yang gigih berusaha untuk mentarbiyah para remaja demi kebaikan agama Allah setulusnya.

Dalam menyusun buku ini, kami terpaksa memisahkan beberapa bahagiannya kepada buku berasingan. Buku ditangan anda ini dikhaskan sebagai sukatan usrah yang mengumpulkan isi kandungan yang ingin disampaikan kepada ahli-ahli remaja. Oleh yang demikian, setiap naqib dan ahli Usrah Remaja sewajarnya memiliki buku ini sebagai rujukan wajib. Sementara itu, kami juga menyediakan satu buku berasingan untuk rujukan khas naqib sahaja. Buku yang diberi jodul ‘Panduan Kendali Usrah Remaja’ ini sebenarnya adalah satu manual tarbiyah yang mengandungi kaedah mengendalikan usrah serta modul-modul Latihan Kemahiran. Oleh yang demikian, selain buku ini, para naqib mesti memiliki buku panduan berkenaan bagi memastikan pakej Usrah Remaja yang kami rangkakan ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

Perhatian: Sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi 0132009426 (Cik Azie).

6 Comments

  1. mieara said,

    17 March 2010 at 12:08 am

    ana ada buku ni.. buku ni senang untuk dibawa dalam usrah. tidak berat untuk anak2 usrah yg baru,dan senang untuk diterangkan.. memang begus sgt2..

  2. abdul hakim said,

    18 March 2010 at 6:15 pm

    saya sangat terkesan dengan itu…tapi saya harap kita semua bisa menjalankannya…saya sangat ingin melihat islam yang sesungguhnya…MARI KITA BERSATU kembangkan islam…

    saya usul yang paling pertama harus dibenahi di INDONESIA adalah hubungan antara laki2 dan perempuan yang bukan muhrim yang seenaknya saja melakukan perbuatan maksiat tanpa terasa…

    TEGAKAN hukum ISLAM…ALLAHU AKBAR

  3. azie said,

    20 July 2010 at 2:01 am

    syukran semua atas kerjasama yg baik dalam mengembangkan lagi ilmu-ilmu Islam kpd masyarakt khususnya para remaja yg semakin hanyut dengan arus keduniaan

  4. Anonymous said,

    29 March 2012 at 9:55 am

    assalamualaikum…berapa harga buku nie??🙂

  5. Syed Nazri said,

    13 November 2012 at 8:23 am

    salam… ad x stok lagi untuk buku ni, sbb nak buat tempahan utk usrah

  6. Ainul Ismail said,

    23 October 2014 at 12:30 am

    salam..brape harga buku ini?bagaimana utk dapatkan buku ini?kat popular atau smo ada x?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: