Potensi remaja amat penting untuk digarap bagi melonjakkan pembangunan ummah masa depan. Membangunkan remaja memerlukan kesungguhan dan keterbukaan bagi membolehkan spiritual, emosi, mental dan fizikal terbangun dengan bersepadu dan utuh. Usrah Remaja atau Teen Circle menyediakan wahana buat para remaja membina kekuatan yang tersimpan dan memulihkan keresahan jiwa dan mental agar diri remaja mampu menjadi insan yang bukan sahaja hebat peribadinya bahkan unggul baktinya kepada manusia… Blog ini berperanan sebagai penghubung kepada sekalian warga Usrah Remaja, sama ada para nuqaba’, naqibat atau anggota-anggotanya. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan, kritikan dan pandangan yang bertujuan untuk memantapkan usaha kami ini.

SMNS said,
25 May 2008 at 6:17 am
TAHNIAH ATAS KEMUNCULAN BLOG YANG MEMBANGUN INSAN..
Wartawan said,
21 May 2009 at 2:33 pm
Assalamualaikum wr.wb,
Bagaimana nak dapatkan buku Panduan Usrah Remaja ni?
amal said,
7 November 2009 at 10:14 am
ana ade usrah..,
mcm mane nk bg adq2 usrah ana
x rase b0ring..,