Selain dari buku ‘Remaja Soleh’, Teen Circle Centre juga menerbitkan satu panduan usrah remaja yang mengandungi Modul Latihan Kemahiran dan beberapa tips untuk mengandalikan slot-slot usrah. Buku ini adalah untuk rujukan para naqib atau naqibat sahaja.
Maklumat lanjut buku ini adalah seperti berikut:
- Buku ini adalah untuk panduan pengendali Usrah Remaja terutamanya para naqib/naqibah. Namun begitu, buku ini tidak menyediakan bahan-bahan perbincangan dalam Usrah Remaja.
- Buku ini perlu dirujuk bersama-sama dengan buku ‘Tajuk-tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh’ terbitan Teen Circle Centre yang mengumpulkan kandungan sukatan Usrah Remaja.
- Setiap naqib atau naqibah perlu memiliki buku ini dan merujuk kepada panduan-panduan yang diberikan dalam mengendalikan Usrah Remaja.
- Para naqib/naqibah dinasihantkan agar membaca buku ini secara keseluruhan sebelum memulakan tugas pengendalian usrah.
- Bagi setiap usrah yang hendak dilaksanakan, para naqib/naqibah dinasihatkan untuk mengulangi pembacaan pada tajuk-tajuk khusus yang menyentuh penyampaiannya.
- Buku ini mengandungi modul-modul Latihan Kemahiran yang merupakan salah satu komponen Usrah Remaja. Bagi memastikan keberkesanan sesi latihan tersebut, anda dinasihatkan agar tidak memberikan buku ini kepada ahli-ahli kumpulan.
- Naqib perlu benar-benar memahami arahan-arahan dalam modul-modul tersebut sebelum memulakan sesi. Kejayaan sesi latihan ini amat bergantung kepada cara pengendaliannya.
- Modul-modul yang diberikan ini akan lebih berkesan dan menepati matlamat jika naqib mengikuti sesi latihan yang disediakan oleh pihak pengelola.


Nizam said,
1 June 2008 at 12:28 am
Assalamualaikum, bagaimana hendak dapatkan buku ini?
Anonymous said,
9 June 2008 at 3:05 am
Perhatian: Sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi 0132009426 (Cik Azie).
Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) said,
25 September 2008 at 4:10 am
Assalamu’alaikum…
Kami dari Kelab Remaja Pantai Barat Sabah..Di Sabah, ada pengedar ka?
sazli ansari said,
22 April 2009 at 3:45 pm
sila layari blog http://www.sazliansari.blogspot.com yang sentiasa membincangkan tajuk-tajuk Islam – Fitrah & Perubahan terutama dikalangan remaja
syaza said,
14 May 2009 at 10:57 am
Assalamualaikum…berapakah harga buku nie?
syuhada' said,
15 June 2009 at 12:24 am
alhamdulillah..
ana ada beli 2 set buku tu dgn harga rm15 utk 2buah,
masa muktamar dewan muslimat yang lepas..